|
★ ★ ★ |
19 bulan.
07 February 2014 | 10:37 AM | 0 Talker(s)
7hb Februari 2014.
Entri kali ni ingin ku menceritakan suka dutetapira ku dengan kekasih hati yang duduk nun jauh di Perak. Seorang menetap di Kuala Lumpur, seorang lagi menetap di Perak. Nak diajak berjumpa pun susah kerana masing-masing tiada kekekangan masa. Maklumlah, masing-masing dah masuk menara gading tapi kami masih bersama. Kini sudah berada di semester 2. Ku harap dapat bersama dengannya walau apa pun yang terjadi. Biarlah gaduh sebesar mana pun, namun dia masih lagi bersabar dengan perangai ku. Ku cuba perjuangkan apa yang diminta ku lakukan sebelum ini. Ku harap berada di sampingnya disaat dia memerlukan. Ku harap dapat bantu dia sedikit sebanyak. Ku sayangkan dia. Ku masih meletakkan kepercayaan pada dirinya. Walaupun dapat jumpa sekejap, namun masih lagi mampu menghabiskan masa dengan baik. Manja dia, senyum dia. Membuatkan ku makin jatuh hati dengannya. Ku punya harapan. Orang kalau dah jatuh hati, apa-apa pun boleh. Ku tidak sekali-kali pertaruhkan nyawa ku. Orang yang tak sayangkan nyawa sendiri, takkan tahu menghargai orang lain. Satu perbuatan yang baik mungkin mampu menutup satu keburukan tetapi satu keburukan je sudah cukup untuk menghapuskan kesemua kebaikan yang dilakukan.
|