Memories






















Semester 2
29 January 2014 | 4:08 PM | 0 Talker(s)
Ku kini bergelar sebagai pelajar di Kolej Poly-Tech MARA Kuantan. Kini ku sudah pun berada di semester 2. Alhamdulillah. Peperiksaan akhir semester lepas ku dapat yang ku dapat banggakan meskipun ku rasa masih tak cukup bagus kerana masih belum peroleh Anugerah Dekan. Mungkin kelewaan ku ketika semester 1 telah membuatkan aku sedar yang aku masih belum cukup bagus untuk buktikan apa-apa lagi. Ku sangat rindukan rakan-rakan sekelas pada semester 1. Yang cuma ada 3 orang lelaki termasuk aku dalam satu kelas, tidak ketinggalan juga 27 perempuan. Pada semester kali ini, terlalu jauh berbeza.Sesungguhnya ku rindukan Siti Nur Alya Najihah. Berbalik kepada cerita asal pada semester 2. Ku rasa di dalam kelas seolah olah seperti mayat hidup. Apa yang pensyarah cakap seolah olah masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Pada minggu pertama semester 2, ku demam teruk ketika itu. Demam yang agak teruk. Mungkin rindukan Alya agaknya. Mana tahu mungkin. Semester 2 ku tidak lagi sekelas dengan dia. Ku rindukan jelingan mata dia setiap kali ku panggil nama dia. Ku rindukan tengok dia dari tepi, melihat dia sibuk menyiapkan kerja yang diberikan oleh pensyarah. Mungkin semester 2 ini ku tak dapat sekelas dengan dia, mungkin semester seterusnya. Siapa tahu. Masalah kewangan berlaku pada setiap pelajar, tipulah katakan setiap pelajar tiada masalah kewangan. Melainkan pelajar tersebut dari keluarga yang berada. Sekian.