Memories






















Tragedi Oktober.
29 October 2013 | 9:17 PM | 0 Talker(s)
Assalamualaikum. :)
Pejam celik pejam celik, dah bulan Oktober. Masa berlalu begitu pantas. Tak sedar masa berinjak. Entah mana satu yang lagi berat diantara pahala dan dosa. Bersyukur pada yang Maha Esa kerana beri jantung aku berdenyut dan masih sihat sehingga ke hari ini. Walaubagaimanapun, entri kali ini mengisahkan apa yang jadi dalam bulan Oktober ni.

Begini kisahnya,
macam-macam yang jadi dalam Oktober ni antaranya ialah prank Muaz,gaduh dengan Dia dan A. Mari kita mulakan dengan A dulu. Haritu ada buat perjanjian dengan Lekha(member kepada A) yang tak akan texting A dalam masa 2 bulan. A betul-betul praktikkan okay *dull face*. Haritu ada juga kenakan A dekat kedai ikan pating. Confirm menyirap darah A doooo. Paling suka tengok bila A buat muka, sungguh comel. Dah lah pipi tembam. Okay, selesai pasal A. Mari beralih kepada si Dia pulak. Entahlah kenapa dengan Dia sekarang. Clueless habis mehh. Dia susah nak dijangka sejak kebelakangan ni. Mungkin juga, aku yang tak pandai jaga hati Dia kot. Aku setiap kali moody, Dia yang jadi mangsa keadaan. Maaf.
Sekarang ini, mari aku ceritakan pasal Muaz. Hahaha. Aku, Faez, Naz dan Shafiq kenakan Muaz dengan katak. Katak? Ohhh okay, sangat kotor. Pada mulanya, Naz nak letak katak tuhh dekat dengan baldi baju Muaz. Rancangan kami tak jadi, lepas itu Muaz lari satu kolej. Laju habis mehh Muaz ni lari.  Pada mulanya, kami nak mengacah Muaz je. Datang pulak geng Terengganu tuhh, geng tuhh balik katak dalam bilik Muaz. Muaz pun apa lagi? Marah gilaa beb. Kami serba salah gila lepas tuhh. Aku harap dapat berbaik balik dengan Muaz sebelum final exam.